WEb Log
Excerpt of "kurun yang hilang"It is ok to be uninformed. But when you're already uninformed yet you think that you're clever, worse, showing off your very little depth of knowledge as if you're a walking search engine, it just shows that you're a stupid fool. I'd rather be uninformed than being stupid. I have been reading since I was 2 years old. I got my 1st library card fron Queenstown Public Library in 1982. I haven't stop reading. I worked in bookshops, with the reference library and somehow I am back with another book company. My life threads on the spines of books and maybe now, electronic books. Well the point is, I can't stop reading and being surrounded by books. Reading is a thing, understanding is another. When you read, you have to understand. Not everything you read is right, not everything missing from the books are wrong. When you read thesis and essays and write ups from intellects and university professors and whoever... don't think that you're well informed. These writers are humans. They are not right all the time. Even Stephen Hawking, quoted as the smartest person in the world, went back and forth with his deductions on quantum physics. I find Singaporeans very amusing. I get annoyed too by their constant show offs of knowledge. I never did because I always feel that I am not worthy, as I never get to study till university. I feel that I am very very uninformed. But these show offs are just revolting. Ok back to the point of this post. Dedicated to those making a fool out of Sang Nila Utama and pre Raffles history, here is an excerpt of a script I wrote entitled "Kurun Yang Hilang" meaning "The Lost Century". It was written after a research of 5 versions of the Malay Annals. And as a writer, and like many other professors, I came up with my most logical deductions. The play was presented by my RP students. At least I know, 20 young souls read and understood what I meant. Only slightly less than 240 people watched the show. Maybe my works will be more appreciated and read when I'm dead. Maybe... That too.... if.. hahahah. In the meantime, enjoy and understand. If you don't understand Malay, please do try as it is the National Language. Don't use google translate. Get a Malay speaker to explain to you. BABAK 1 1299 Tanjong Bemban menghadap Teluk Belanga SANG NILA UTAMA: Tanah mana pasirnya berkilau putih. PENGIKUT: Pasir di hunung tanah besar, Temasek namanya. SANG NILA UTAMA: Sekarang apa bicara segala orang, kerana kita mahu ke sana. Terlalu sekali kita berkenan memandang dia. PENGIKUT: Mana titah tuanku. PEMBACA: Tahun 1299. Sang Nila Utama dan pengiring berlayar dari Tanjung Bemban, Pulau Batam, menuju ke Temasek. Pada tahun itu, Baginda membuka kerajaan Singapura. PEMBACA: Jadi Sang Nila yang menemui Singapura? PEMBACA: Bukan Raffles ke? PEMBACA: Tahun 1819, Raffles menemui Singapura. Katanya, Singapura hanyalah sebuah pulau kecil yang tidak mempunyai ramai penduduk dan dipenuhi semak samun. PEMBACA: Masa itu sudah ada Melayu ke? PEMBACA: Habis? Melayu datang dari mana? Outer space? PEMBACA: Kajian telah menunjukkan bahawa nusantara kita ini sudah pun diduduki manusia selama 1.8 juta tahun apabila rangka manusia yang digelar Java Man dijumpai pada tahun 1891. PEMBACA: Kerajaan Chi Tu atau nama Melayunya, Tanah Merah, sudah pun ada di tanah Melayu sejak tahun 100 sebelum masihi. Ini didapati dari catatan sejarah Dynasty Sui negeri Cina. PEMBACA: Termasuk juga kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Langkasuka, Singgahsari, Srivijaya dan banyak lagi. PEMBACA: Dari hikayat yang ditulis oleh Wang Dayuan dari Dynasty Yuan negeri Cina, PEMBACA: Beliau berlayar dan berniaga di pulau Singapura ini. PEMBACA: Semua bahan reference ini dari Cina sahaja? PEMBACA: Biasalah, macam benda lain juga. PEMBACA: Dalam buku sejarah sekolah kita cuma ada Sang Nila Utama PEMBACA: Itupun sikit sahaja PEMBACA: Kemudian terus datang Raffles. PEMBACA: Orang Cina berhenti menulis ke? PEMBACA: Atau orang Melayu tak tahu tulis? PEMBACA: Kau orang Melayu ke? PEMBACA: Aku orang Boyan PEMBACA: Jawa PEMBACA: Sama PEMBACA: Bugis PEMBACA: Banjar PEMBACA: Minang PEMBACA: Melaka PEMBACA: Woodlands PEMBACA: Tampines PEMBACA: Bedok PEMBACA: Kembangan PEMBACA: Phuuuuh....! Kayaa.... PEMBACA: Kasihan eh kita, orang Melayu tak tahu adanya sejarah orang Melayu. PEMBACA: Lebih-lebih lagi sejarah orang Melayu di Singapura sebelum Raffles. PEMBACA: Kenapa orang Cina tu semua tak tulis lagi? PEMBACA: Sebab orang Melayu ada bahannya sendiri. PEMBACA: Ada? PEMBACA: Tapi macam tak ada. Hidup segan mati tak mahu. PEMBACA: Kenapa? PEMBACA: Entah? PEMBACA: Mana kau tahu? PEMBACA: Dari buku, Sejarah Melayu. PEMBACA: Orang Cina tulis ke? PEMBACA: Tidak... ditulis oleh Tun Sri Lanang. PEMBACA: Apa katanya? PEMBACA: Tahun 1299. DEMANG LEBAR DAUN: Ampun Tuanku. Akan sampai lah kita ke pulau Temasek tidak lama lagi kerana lekok Teluk Belanga sudah pun jelas kelihatan dari sini. Ribut melanda PENGIKUT: Tuanku! Jika terus badai melanda, alamat karamlah kita bersama muatannya. SANG NILA UTAMA: Buanglah segala isi perahu supaya ia timbul. Mereka membuangkan barangan tetapi tetap air semakin deras. PENGIKUT: Tuanku! Jika terus badai melanda, alamat karamlah kita bersama muatannya. SANG NILA UTAMA: Teluk Belanga semakin hampir. Buang pula biar habis sekali barang-barang itu. Air masih terus deras memasuki perahu. PENGIKUT: Tuanku! Jika terus badai melanda, alamat karamlah kita bersama muatannya. SANG NILA UTAMA: Apa yang ada lagi di dalam perahu ini maka tiada ia mahu timbul? DEMANG LEBAR DAUN: Ampun tuanku, pada pendapat patik, kalau sebab mahkota kudrat tuanku maka demikian halnya. Sang Nila Utama meletakkan mahkotanya di dalam air. Badai mula berhenti. PEMBACA: Aih? Letak mahkota dalam air sahaja terus ribut berhenti? Apa lojiknya ini? Tak lojik sungguh cerita orang Melayu ini. PEMBACA: Sebenarnya kalau kita kaji buku ini betul-betul dan sebagai orang Islam yang percaya dengan alam makhluk halus, semuanya sangat lojik sekali. PEMBACA: Ada tulis kat dalam itu? PEMBACA: Apa katanya? PEMBACA: Raja Suran adalah raja yang berkuasa. Baginda adalah seorang Raja Kerajaan Sriwijaya yang amat besar. Baginda adalah keturunan Raja Iskandar Zulkarnain negeri Makaduniah. PEMBACA: Peliknya nama Makaduniah. PEMBACA: Kalau orang Melayu semuanya pelik, kalau aku cakap Macedonia, pelik tak? PEMBACA: Macedonia? PEMBACA: Raja Iskandar Zulkarnain negeri Makaduniah bermaksud Alexander the Great of Macedonia. PEMBACA: Bedek lah! PEMBACA: Serious? PEMBACA: Tak mustahil. PEMBACA: Selepas menguasai sekelian tanah, baginda bercita-cita untuk menguasai negara-negara di lautan. Di ceritakan, Raja Suran memasuki sebuah peti kaca yang dicipta oleh para pengikutnya dan dilepaskan ke dalam laut. Peti itu tenggelam dan raja Suran amat kagum dengan kehidupan di dalam laut. Dengan kuasa Allah, Raja Suran tiba di sebuah kerajaan di bawah lautan. Orang ramai mengelilingi Raja Suran. RAJA AKTABUL ARD: Orang mana ini? RAKYAT: Baharu datang orang ini, dari mana-mana datangnya, kami sekalian tidak tahu. RAJA AKTABUL ARD: Beta adalah Raja Aktabul Ard, raja negeri di bawah permukaan samudera ini. Rakyat beta bergelar kaum Bu Sum. Orang mana kamu ini? Dan dari mana kamu datang ke mari. RAJA SURAN: Adalah hamba ini datang dari dalam dunia. Hamba lah raja segala manusia. Nama hamba Raja Suran. RAJA AKTABUL ARD: Adakah dunia lain dari dunia kami ini? RAJA SURAN: Bahawa alam itu terlalulah sekali banyak pelbagai jenis di dalamnya. RAJA AKTABUL ARD: Subhana 'llahul malikul jabbar PEMBACA: Raja Suran di bawa oleh Raja Aktabul Ard duduk di takhtanya. Raja Suran terus tinggal di situ. Raja Aktabul Ard, mengahwinkan Raja Suran dengan Puterinya, Tuan Puteri Mahtab al Bahri. Mereka dikurniakan tiga orang anak. PEMBACA: Pada suatu hari, Raja Suran berasa sugul kerana berasa bosan dan memikirkan keadaan anak-anaknya itu. Baginda berfikir, apakah kesudahan anak-anaknya itu jika mereka terus tinggal di dalam lautan dan bagaimana hendak membawa mereka keluar dan meneruskan keturunan Raja Iskandar Zulkarnain di duni. Beginda kemudiannya ditemui oleh seorang Raja Jin. RAJA SURAN: Apakah kerja tuan hamba ke mari? RAJA JIN: Sahaja hamba mengadap. RAJA SURAN: Jika demikian, hendaklah tuan hamba perbuatkan hamba, mahkota tiga biji akan pakaian anak hamba, supaya ada tanda Raja Iskandar Zulkarnain kepadanya. RAJA JIN: Mahkota kudrat yang di dalam perbendaharaan Paduka Mambanglah hamba ambil. Raja Jin kembali bersama mahkota-mahkota itu. RAJA SURAN: Tiba masanya hamba pulang ke dunia hamba. Jikalau anak hamba ketiga ini sudah besar, hendaklah tuan hamba hantar ia ke dalam dunia, semoga mahkota kerajaan Iskandar Zulkarnain itu jangan berputusan. Mahkota ini akan pakainnya. PEMBACA: Raja Suran pulang ke dunia. PEMBACA: Jadi apa kena-mengena dengan Sang Nila Utama buang mahkota? PEMBACA: Raja Suran mempunya 3 orang anak yang kemudiannya muncul di Bukit Siguntang di Palembang memakai mahkota-mahkota itu. Salah seorang daripadanya bernama Sang Sa Purba, iaitu ayahnda kepada Sang Nila Utama. PEMBACA: Makanya, mahkota itu terus sampai dipakai oleh Sang Nila Utama. PEMBACA: Dan dalam perjalanannya ke Temasek, baginda dilanda ribut dan air laut bergelora. PEMBACA: Temasek ini bumi bertuah, dijaga oleh penunggu-penunggu laut. PEMBACA: Oh patutlah ramai orang lemas kat east coast dengan sentosa. PEMBACA: Ishk... PEMBACA: Tak mustahil PEMBACA: Dicampaknya mahkota itu ke dalam laut. PEMBACA: Mungkin raja jin ataupun Raja Aktabul Ard mengenali mahkota itu dan kemudiannya membenarkan rombongan Sang Nila Utama berlalu dengan selamatnya. PEMBACA: Ooooh.... PEMBACA: Raja laut eh. PEMBACA: Oh... bunian ah. PEMBACA: Kita orang Islam, percaya dengan adanya kehidupan makhluk halus. PEMBACA: Sedangkan orang putih pun percaya ada raja laut Neptune! PEMBACA: Betul! PEMBACA: Kita sibuk baca cerita orang barat, cerita kita yang lebih munasabah, kita sendiri ketawakan. PEMBACA: Maka Sang Nila pun selamat sampai ke Temasek. PEMBACA: Aku tahu, lepas itu dia jumpa binatang kepala singa badan ikan! Sebab itu ada merlion!! PEMBACA: Oooy...!! Merlion itu, Singapore Tourism Board punya idea lah! DEMANG LEBAR DAUN: Tuanku, tiba kita di Teluk Belanga pulau Temasek. Suara singa SANG NILA UTAMA: Apakah nama binatang serupa itu? DEMANG LEBAR DAUN: Tuanku, ada patik mendengar dahulu kala. Binatang yang sedemikian sifatnya berupa seperti Singa tuanku. PEMBACA: Orang bijak pandai kata Singapura tak ada singa! PEMBACA: Orang bijak pandai itu semua, dia orang hidup ke tahun 1299? PEMBACA: Dia orang semua naik perahu Sang Nila Utama ke? PEMBACA: Sang Nila Utama itu raja tau. Takkan dia bodoh sangat? PEMBACA: Lagipun, cuba kau orang semua fikirkan, kalau lah orang bijak pandai itu semua kata singa cuma ada dekat afrika sahaja, takkan... negeri Cina ada lion dance? PEMBACA: Thailand ada Singha beer. PEMBACA: England ada Richard the Lionheart PEMBACA: A'ah, aku tengok bola, England punya team, badge dia orang ada tiga singa. PEMBACA: Penganut Sikh yang bermula dari India menggunakan nama singh yang bermaksud singa. PEMBACA: Maknanya tak mustahil juga, Singa ada diseluruh dunia pada zaman dahulu. PEMBACA: Dan tak mustahil juga, kalau Sang Nila Utama menggunakan lambang Singa sebagai kekuatan negara ini. SANG NILA UTAMA: Patutlah kita perbuat negeri di tempat ini, kerana binatang gagah ada di dalamnya. Dan sebutlah Temasek ini Singapura. Aria Bupala! Katakan paduka anaknda empunya sembah. Tiadalah paduka anaknda berbalik ke Bintan lagi. Di Temaseklah paduka anaknda berbuat negeri. Jika ada kasih bonda, hamba minta sekalian rakyat serta gajah kuda. Bonda pun tuan hamba bawa sekali. PENGIKUT Daulat Tuanku! PEMBACA: Tahun 1299, bermula di Teluk Belanga. Maka Negeri Singapura pun telah sudahlah dibuat orang dengan kota paritnya, dan dengan segala istana dan balirung dalam dan balairung luar, serta sekalian rumah orang, kedai dan pasar. Terlalu indah perbuatan negeri Singapura itu. Visual kerajaan dan keadaan negeri Singapura.
2 Comments
Ajit
13/4/2017 04:58:35 am
Learnt alot from this. Thank u n don't stop sharing..
Reply
Leave a Reply. |
HelloWeb logs of art activities on a regular basis (hope). Archives
June 2024
Categories
All
|