Anwar Hadi Ramli
  • Home
  • About
  • Classes And Workshops
  • Arts Education Programme
  • Translation Services For Theatre TV and Art Works
  • WAYANG LAKON
  • THE WALL
  • List of Theatre Works
  • List of Community Theatre / School Shows
  • List of Television and Film Works
  • List of Partnering Schools
  • Upcoming Works
  • Show Reels
  • Theatre Shows Photographs
  • Photography Collection
  • Blog Table of Contents
  • Blog
  • SHOP
  • CONTACT

WEb Log

Bukan cik seorang jual puteri salad basi

15/4/2017

0 Comments

 

sila terasa

Masalahnya, mereka tidak akan terasa kerana mereka rasa mereka tidak bersalah sama sekali.
Picture

"Dulu makcik dan arwah suami makcik ada gerai makan kami sendiri. Jual makanan Melayu. Jual kuih-kuih Melayu. Mula-mula gerai kita berkongsi dekat kedai kopi bawah blok sahaja. Kemudian, kita buka di hawker centre. Tapi arwah suami cik, usia tak panjang. Dia meninggal. Makcik teruskan perniagaan. Makcik bayar pembantu untuk tolong makcik walaupun tak mampu, sebab ingatkan boleh lebih maju.

Makcik jual kuih-kuih kecil2. Makcik beli dekat supermarket, makcik jual, kononnya makcik buat sendiri. Jadi adakalanya, kuih makcik dah nak basi, tapi makcik jual juga.

Tapi makcik ada juga jual epok-epok. Itu makcik buat sendiri sebab senang. Makcik jual epok-epok sardin dengan kentang. Tapi epok-epok makcik cuma ada angin sahaja dekat dalam. Epok-epok sardin, lebih banyak bawang dari ikan. Epok-epok kentang cuma sikit sahaja inti dia. Yang lain semua angin. Nak jimat kos. Tapi sebenarnya makcik pelokek. Kuih pau pun sama. Cik tak letak kacang merah. CIk letak red bean paste sahaja. Itu pun sikit. Tepung sahaja lebih.

Makcik buka kedai bila cik bangun tidur. Kalau cik bangun lambat, cik buka lambat. Kalau cik bangun awal, cik buka awal, walaupun selalu lambat.

Cik kata cik jual lauk-lauk, tapi cik cuma jual lauk lemak sahaja. Kadang-kadang ada kari. Sebab kari boleh panaskan untuk esok. Ayam goreng sikit, ikan goreng sikit. Yang lain-lain semua hotdog, fishcake, tahu, cik beli dari supermarket. Sayur goreng sikit. Itu sahaja cik jual. Hari-hari pelanggan cik makan benda sama.

Lauk cik habis atau tak habis, pukul 3 petang cik sudah tutup pasal hendak balik.

Cik selalu biadap dengan pelanggan cik. Kalau dia orang hendak beli, dia beli. Kalau tak hendak, sudah.. tak payah beli. Bila cik malas hendak layan, cik cakap sahaja ikan dah habis, ayam dah habis, itu dah habis, ini dah habis. Padahal ada dalam icebox, cik malas nak goreng.

Lama-kelamaan pelanggan cik makin sikit. Cik tak faham. Kenapa macam itu? Makcik ada buat salah ke? Gerai Melayu selalu macam gitu kan? Bukan cik seorang yang biadap. Bukan cik seorang jual epok-epok dengan kuih pau kosong. Bukan cik seorang jual puteri salad basi. Bukan cik seorang jual lauk sikit. Semua gerai Melayu pun macam itu kan? Makcik fikir lama, makcik teringat.. ooh makcik lupa hendak guna hantu pelaris. Cik pergi jumpa bomoh beli pelaris. Tapi, tetap tak laris juga."


CLAUSTROPHOBIA 2017
Karya dan Arahan Anwar Hadi Ramli
Dilakonkan oleh Siti Khalisah Khair
 


0 Comments



Leave a Reply.

    Hello

    Web logs of art activities on a regular basis (hope).

    Archives

    June 2025
    March 2025
    June 2024
    May 2024
    August 2023
    July 2023
    June 2023
    October 2022
    September 2022
    August 2022
    June 2022
    May 2022
    December 2021
    October 2021
    September 2021
    August 2021
    July 2021
    June 2021
    January 2021
    September 2020
    August 2020
    June 2020
    May 2020
    April 2020
    August 2018
    April 2018
    March 2018
    January 2018
    December 2017
    October 2017
    June 2017
    April 2017
    February 2017
    January 2017

    Categories

    All
    THE ARMY SERIES
    THE GENERAL KNOWLEDGE SERIES
    THE PHOTOGRAPHY SERIES
    THE SHORT STORY SERIES
    WEIRDLY WIRED

    RSS Feed

Proudly powered by Weebly
  • Home
  • About
  • Classes And Workshops
  • Arts Education Programme
  • Translation Services For Theatre TV and Art Works
  • WAYANG LAKON
  • THE WALL
  • List of Theatre Works
  • List of Community Theatre / School Shows
  • List of Television and Film Works
  • List of Partnering Schools
  • Upcoming Works
  • Show Reels
  • Theatre Shows Photographs
  • Photography Collection
  • Blog Table of Contents
  • Blog
  • SHOP
  • CONTACT