- Published on
For the third time, I sent my writing to a writing competition even though I know very well that I would not win anything. I know that I don't write the way that is deemed as "good enough". But I still try. I still "usaha".
So since it is the third time, the results are out and I didn't win anything again, I shall give up on it. Not sending any writing to them anymore. It cost me $32 to send both entries, ie. "short story" and "poetry". I just cannot write like them. I cannot write the same way as how people have been writing for thousands of years. There are many ways of writing and I shall continue writing my own way.
Winning would be good as I need the cash prizes, but I guess that belongs to a different world.
Since they said the writings cannot be from published works and I didn't win anything, I shall publish them here for anyone to read.

SIAPA CAKAP?
(Category: Malay Short Story)
“Cakap! Cakap! Berucap! Berucap!”
Sekumpulan siswa berada di dalam sebuah dewan syarahan. Mereka memberi dorongan kepada setiap seorang antara mereka untuk berkata sesuatu bagi mesyuarat agung mereka.
“Kita adalah suara rakyat!” kata salah seorang daripada mereka.
“Kita adalah siswa harapan rakyat!” sambut lagi seorang daripada mereka.
“Kita suara ramai!”
“Kita ramai bersuara!”
“Kita siswa harapan negara!”
“Tidak semua anggota rakyat boleh menjadi siswa! Kita istimewa!”
“Kita istimewa!”
“Kita bijak pandai cerdik pintar bistari!”
“Tidak ada siapa yang boleh diamkan kita!”
“Tanpa kita, tidak ada mereka!”
“Cakap! Cakap! Berucap! Berucap!”
Mereka terus mendorong satu-sama lain dengan perasaan penuh bersemangat. Salah seorang dari mereka menaiki pentas dengan dorongan dan sorakan yang lain.
“Cakap! Cakap! Berucap! Berucap!”
“Kita bijak pandai cerdik pintar bistari!”
“Tidak ada siapa yang boleh senyapkan kita!”
Siswa pertama berada di atas pentas, membetulkan alat pembesar suara di hadapannya dan berkata, “Esok hujan!”
Dewan menjadi riuh. Ada yang bersorak. Ada yang mengeluh. Mereka semua bersuara pada masa yang sama.
“Ini semua bencana alam!”
“Sekarang bukan musim hujan!"
“Jabatan kaji cuaca tidak boleh dipercaya!”
“Hujan akan turun tetapi harga air naik!”
“Banjir kilat menandakan kemajuan dalam pembinaan lebih banyak prasarana!”
“Banjir itu bencana!”
“Bukan banjir. Hanya kolam sahaja!”
“Bila hendak jemur baju?”
“Hujan itu rahmat Tuhan!”
“Bersyukur!”
“Ini bencana!”
Siswa pertama berjalan menuruni pentas. Siswa kedua mula hendak menaiki pentas. Para siswa yang lain memberi dorongan kepada setiap seorang antara mereka untuk berkata sesuatu bagi mesyuarat agung mereka.
“Kita adalah suara rakyat!” kata salah seorang daripada mereka.
“Kita adalah siswa harapan rakyat!” sambut lagi seorang daripada mereka.
“Kita suara ramai!”
“Kita ramai bersuara!”
“Kita siswa harapan negara!”
“Tidak semua anggota rakyat boleh menjadi siswa! Kita istimewa!”
“Kita istimewa!”
“Kita bijak pandai cerdik pintar bistari!”
“Tidak ada siapa yang boleh diamkan kita!”
“Tanpa kita, tidak ada mereka!”
“Cakap! Cakap! Berucap! Berucap!”
Siswa kedua berada di atas pentas, membetulkan alat pembesar suara di hadapannya dan berkata, “Handphone saya cantik!!”
Dewan menjadi riuh. Ada yang bersorak. Ada yang mengeluh. Mereka semua bersuara pada masa yang sama.
“Maksud awak handphone saya tak cantik?”
“Kecantikan itu subjective!”
“Alat bijak, pengguna bodoh!”
“Kita semua sudah diabui kapitalisma!”
“Handphone lain lagi murah tapi fungsinya sama.”
“Kerana awak membeli handphone cantik, maka harga handphone lain juga dinaikkan walaupun fungsinya sama!”
“Penggunaan barang elektronik merosakkan alam semulajadi!”
“Carbon footprint!”
“Awak menggunakan handphone untuk menunjuk riak!”
“Awak bukan pembeli handphone, awak pembeli jenama!”
“Awak adalah lembu yang dicucuk hidung, diheret jenama!”
Siswa kedua berjalan menuruni pentas. Siswa ketiga mula hendak menaiki pentas. Para siswa yang lain memberi dorongan kepada setiap seorang antara mereka untuk berkata sesuatu bagi mesyuarat agung mereka.
“Kita adalah suara rakyat!” kata salah seorang daripada mereka.
“Kita adalah siswa harapan rakyat!” sambut lagi seorang daripada mereka.
“Kita suara ramai!”
“Kita ramai bersuara!”
“Kita siswa harapan negara!”
“Tidak semua anggota rakyat boleh menjadi siswa! Kita istimewa!”
“Kita istimewa!”
“Kita bijak pandai cerdik pintar bistari!”
“Tidak ada siapa yang boleh diamkan kita!”
“Tanpa kita, tidak ada mereka!”
“Cakap! Cakap! Berucap! Berucap!”
Siswa ketiga berada di atas pentas, membetulkan alat pembesar suara di hadapannya dan berkata, “Saya suka warna hijau!”
Dewan menjadi riuh. Ada yang bersorak. Ada yang mengeluh. Mereka semua bersuara pada masa yang sama.
“Ini diskriminasi dengan warna-warna lain!”
“Kalau awak suka hijau, kenapa awak tidak menghalang penebasan hutan-hutan?”
“Hijau itu warna Islam!”
“Awak mendiskriminasi mereka-mereka yang buta warna dan tidak dapat melihat warna hijau!”
“Apakah mereka tidak berhak untuk meminati warna hijau juga?”
“Adakah awak terpengaruh dengan askar? Jika ya, awak menyokong pembunuhan!”
Siswa ketiga berjalan menuruni pentas. Siswa keempat mula hendak menaiki pentas. Para siswa yang lain memberi dorongan kepada setiap seorang antara mereka untuk berkata sesuatu bagi mesyuarat agung mereka.
“Kita adalah suara rakyat!” kata salah seorang daripada mereka.
“Kita adalah siswa harapan rakyat!” sambut lagi seorang daripada mereka.
“Kita suara ramai!”
“Kita ramai bersuara!”
“Kita siswa harapan negara!”
“Tidak semua anggota rakyat boleh menjadi siswa! Kita istimewa!”
“Kita istimewa!”
“Kita bijak pandai cerdik pintar bistari!”
“Tidak ada siapa yang boleh diamkan kita!”
“Tanpa kita, tidak ada mereka!”
“Cakap! Cakap! Berucap! Berucap!”
Siswa keempat berada di atas pentas, membetulkan alat pembesar suara di hadapannya dan berkata, “Masakan nenek saya sedap!”
Dewan menjadi riuh. Ada yang bersorak. Ada yang mengeluh. Mereka semua bersuara pada masa yang sama.
“Anda mendiskriminasi nenek-nenek yang lain!”
“Apakah orang muda tidak boleh memasak?”
“Nenek anda sepatutnya berehat dan tidak perlu memasak lagi!”
“Di mana anak-anaknya? Apakah mereka anak-anak yang derhaka sehingga ibu mereka yang perlu memasak?”
“Akhir zaman! Seorang ibu melahirkan majikannya!”
“Anda tidak menyokong syarikat-syarikat penjualan makanan!”
“Anda tidak menyokong pekerja-pekerja penghantaran makanan!”
“Yang sedap itu selalunya tidak sihat!”
Siswa keempat berjalan menuruni pentas. Siswa kelima mula hendak menaiki pentas. Para siswa yang lain memberi dorongan kepada setiap seorang antara mereka untuk berkata sesuatu bagi mesyuarat agung mereka.
“Kita adalah suara rakyat!” kata salah seorang daripada mereka.
“Kita adalah siswa harapan rakyat!” sambut lagi seorang daripada mereka.
“Kita suara ramai!”
“Kita ramai bersuara!”
“Kita siswa harapan negara!”
“Tidak semua anggota rakyat boleh menjadi siswa! Kita istimewa!”
“Kita istimewa!”
“Kita bijak pandai cerdik pintar bistari!”
“Tidak ada siapa yang boleh diamkan kita!”
Tiba-tiba setengah dari lampu di dewan itu mati. Kesemua di situ terdiam. Seorang lelaki tua yang bertugas sebagai pegawai keselamatan menjenguk ke dalam dewan itu dari balik pintu.
“Maaf semua, masa kegunaan dewan ini sudah tamat. Harap semua dapat beredar.”
Seorang lelaki tua. Beliau sudah tua tetapi masih terus bekerja. Dari rautnya kelihatan dia sudah penat bekerja. Tetapi beliau terus bekerja untuk menampung hidupnya. Beliau bukan seorang siswa. Beliau tidak berpendidikan tinggi. Dari itu beliau harus terus bekerja. Tidak tahu bila akan masa persaraannya.
Pegawai itu terus berkata,
“Saya sudah hendak kena kunci dewan ini.”
Para siswa di situ semuanya akur dan keluar dari dewan itu dengan tertib. Diam. Tidak ada siapa-siapa yang berkata apa-apa.
SAJAK-SAJAK MENGAJAK BERGANJAK
(CATEGORY : MALAY POETRY)
TAJUK: APAKAH AKU BUKAN ORANG JUGA?
kata orang
berakit-rakit dahulu
berenang-renang kemudian
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian
itu kata orang
tapi agaknya aku bukan orang
sebab lain padang lain belalang
pada aku lebih baik berakit dari berenang
bukankah lebih senang?
aaaah! Inilah orang sekarang!
peribahasa lama dibuang-buang
tidak mahu dipeluk sayang
jadi aku kena ikut cakap orang?
lebih senang kalau berenang?
lain padang lain belalang
kau ke padang
aku ke gelanggang
cara aku kau tak senang
cara kau tetap aku pandang
walau mungkin ia bersilang
kata orang
aku lebih banyak makan garam dari kau
kata aku
itu tanda kau akan kena darah tinggi
TAJUK: TIDAK SEMUA MEMERLUKAN KETERANGAN
tidak perlu aku terangkan kebolehanmu
kerana kau terangkan duniaku dengan tawamu
terangkan hidupku
dengan senyumanmu
terangakan hatiku
dengan katamu
terangkan pandanganku
dengan suluhmu
terangkan kataku
dengan sentuhanmu
terangkan mataku
dengan jagamu
terangkan kuburku
dengan doamu

TAJUK: APAKAH AKU ORANG-ORANG?
orang sepi
bukan tak happy
lebih suka duduk tepi
orang mengalah
kerana mengah
selalu sangat duduk di tengah
orang sopan
selurus papan
tak semestinya sentiasa di depan
orang bangkang
orang kekang
kadang de depan kadang di belakang
dunia bulat
kita hanya melewat
tapi rugi
kerana dilandas bersegi
orang sepi
bukan tak happy
lagi suka duduk tepi
kerana kereta gerabak, berlistrik, tidak berapi lagi

TAJUK: MESTIKAH IKUT CARA ORANG?
dengan kemajuan pergerakan dunia
menonjol diri pun ada caranya
menyombong diri pun ada mainannya
dahulunya
orang bermegah dengan menyombong diri
sekarang
ramai beramah dengan berpura-pura merendah diri
niatnya tetap sama
agar dapat dijulang juga
dengan
alhamdulillah, subhanallah, astarghfirullah, wala ila ha ilallah
diucap dengan percuma
tapi
celupar mulut itu biasa
biadab mulut itu biasa
jahat mulut itu biasa
buah mulut itu biasa
buat mulut itu biasa
kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binasa
tapi
alah bisa tegal biasa
alaaahh dosa..... kan dah biasa....?

TAJUK: BACAAN ORANG TULISAN SEORANG
sudah habis baca semua?
ini puisi, sajak, gurindam ke apa?
tulis halus hati tulus
tulis mulus tak bererti tak bagus
sajak mesti bergerak
mesti berganjak
tak boleh sentiasa di bawah tempurung katak
tak semestinya terus bertanjak
gurindam
terendam kecut berendam
puisi
tiada gigi tinggal gusi
belum lagi kias madah syair dan pantun
gerak cepat lupakan santun
kejar arus berduyun-duyun
baru maju tanpa ampun
ada yang boleh ada tak boleh
ada kasi ada tak kasi
ada setuju ada tak setuju
ada izin ada tak izin
ada suka ada marah
ada juang ada lelah
ada ada sahajalah
last last nanti.... bukannya faham pun
dari gurindam sampai ke pantun
setakat bahan menunjuk pandai sahaja....
dah habis baca semua?